Malu ke bergelar surirumah?

Malu ke?

Akhirnya perkara yang malu itu adalah target aku.. sekarang aku betul-betul dah menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa okey..
Indahnya hanya Allah yang tahu.. pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku jadi superwoman..
Orang kata..
Anak dah ramai, elokkan resign.. tetapi ada yang kata.. anak dah ramai, lagi banyak nak pakai duit.. ntah apa-apa la dia ni berhenti kerja la pulak..

kalau nak kira orang cakap. mendidih telinga.. banyak yang negatif dari positifnya..
bagi aku.. restu mak ayah dan suami itu yang penting..

Inshaallah nak juga buat part by part dari mula aku bekerja.. bagaimana rasa nak berhenti.. apa persediaan sebelum berhenti.. apa risiko yang aku hadapi.. Subhanallah... dalam tempoh 3 tahun ini, dugaan bertimpa-timpa..

tetapi dengan satu pegangan yang sampai sekarang aku genggam kuat.. iaitu.. aku mampu selesaikan sebab itu Allah bagi ujian itu pada aku..

yess.. kalau aku boleh. takkan korang tak boleh...


Comments