Pagi yang nyaman..

Alhamdulillah... dengan izin Allah, masih lagi diberi nafas hari ini.. menyedut udara bersihNya.. menyentuh kesayangan hati, melihat diri sendiri dan keluarga yang dikasihi juga masih diberi peluang menjalankan tanggungjawab kepada insan-insan yang sangat aku sayangi..

Allahuakbar
Allahuakbar
Allahuakbar

ciptaanNya yang sangat luarbiasa.. manusia yang penuh akal fikiran, bersangka baik dan buruk.. memberi manfaat pada orang lain, berkongsi ilmu, bersedekah.. Subhanallah..
diselitkan juga sangkaan negatif sebagai ujian kehidupan..

Tapi kini..
Kekayaan, ketenangan, kejayaan juga adalah UJIAN..
adakala kita lalai dengan kejayaan yang dikecapi.. terpaksa tinggalkan salah satu solat sunat kerana kekangan masa..
tapi kita tidak pernah sedar bahawa itu adalah ujian untuk kita lalui.
Adakala kita lupa bersedekah.. dengan rezeki yang diterima, kita sebok ingin membina itu dan ini demi mendapat pujian orang lain dengan erti kata lain ingin memberi manfaat pembinaan sesuatu perkhidmatan untuk memberi kemudahan pada orang ramai, tetapi sedikit perkara remeh seperti bersedekah kepada jiran yang daif untuk makan kita terlupa.. sehingga jiran itu berkecil hati.. mungkin hari ini, esok dan berminggu-minggu ia masih kecil hati..
kita tidak sedar..

Adakala kita rasa bebas masa dan kewangan, kita rasa setenang-tenangnya menghirup udara segar setiap petang.. bersantai bersama-sama anak-anak di hadapan rumah minum petang, minum petang di tepi pantai menghirup udara, berjogging dan bersenam.. tiada masalah lain perlu difikirkan..
tapi kita lupa ibu-ibu yang masih menanti anak-anak, suami-suami pulang bekerja. jiran kita.. saudara mara kita.. mereka yang pertama kali wajib kita pastikan berada dalam keadaan yang baik.

tetapi kita sebok membantu orang lain.. orang yang langsung tiada talian darah dengan kita.. kita lupa adik beradik kita yang sangat memerlukan bantuan kita..

Penulisan ini hadir dalam diri aku.. kerana aku rasa kehidupan kepahitan kesengsaraan yang pernah aku lalui adalah satu kesusahan, kesulitan. tapi kini walaupun ujian sebesar gunung, aku masih lagi menangis kerana terpilih lagi untuk diuji.. Ya Allah... aku bertuah Ya Allah... aku tahu aku mampu selesaikannya, sebab itu aku terpilih..
fikirkan itu, Inshaallah Allah mudahkan penyelesaiannya.. Adakala Allah rindu rintihan kita, diberi ujian begini agar kita ingat padaNya.. menadah  tangan padaNya..

Rendahkan ego kita.. kita hanya hambaNya yang lemah..

Comments