:: PERIHAL JIRAN ::

Awal pagi lagi.. jiran dah datang rumah.. aktiviti biasa bersama ibu aku lah.. berborak santai sambil melayan secawan kopi..
aku ambil masa untuk update blog ni di mana otak aku ligat berfikir intipati perbualan mereka.

kesimpulan selepas 30 perbualan mereka..

bila kita meningkat dewasa..
faktor umur adalah salah satu punca perubahan sikap. semasa kita di zaman persekolahan, minda kita lebih terbuka.. perkara yang tak perlu kita ambil tahu, kita nak ambil tahu dengan harapan mencari jawapan dari kemusykilan kita terhadap sesuatu itu. bila kita dah dapat jawapannya, kita bersorak riang jika jawapannya menarik dan ke arah positif.
tapi..
bila kita meningkat dewasa.. kita masih bersikap ingin ambil tahu.. tambahan lagi tentang orang yang kita kenal sangat.
tetapi pada masa yang sama, kita nak sangat tahu jawapan yang negatif..
contohnya..
tentang perniagaan si A dan B.. si A adalah anak kita. si B adalah anak kepada saudara kaya di kampung yang sama.
kita dapat tahu si B gagal mendapat tender hartanah dan pemenangnya adalah si A.. anakknyaaa okkk...

bersorak riang mungkin riak..
apa lagi.. kondem lagi si B.. dengan pasangan gossipnya iaitu ibu aku...
bukan setakat si B dikondemnya.. dengan keturunan si B sekali dia angkut ungkit bagai..

Nauzubillah...
telinga ku masih pedih mendengar gossip itu..
waras itu tidak hanya pada akal.. tapi gila itu juga disebabkan hati yang suci murni.

Comments