Posts

Showing posts from March, 2017

Suri rumah HEBAT

Image
Rindu masa ada kerjaya dulu?  Aku la tu.. ada la juga rindu.. dah hampir 3 tahun aku bergelar suri rumah sepenuh masa.. uruskan rumahtangga, anak-anak ..  pada mulanya.. seronok.. bebas masa.. tapi bab kewangan tak berapa bebas hehehehe  berhenti kerja bermakna, gaji pun dah tak ada.. dalam hati nak berbisnes lah kecil-kecilan dari rumah.. suri rumah lain boleh, kenapa aku tak boleh...  Ini macam bab pengalaman berhenti kerja pulak ya.. hahahaha ok.. itu kita masukkan dalam tajuk lain okeh.. Sekarang nak bercerita bab hebatnya suri rumah.. kenapa? Apa aku peratikan.. suri rumah ni ibarat superwoman yang UNIK.. U.N.I.K ok... kenapa? tengah-tengah masak.. dia boleh capai tudung n kunci kereta n bawa kereta ambil anak sekolah.. balik buang tudung n kembali masak balik.. nampak tak.. tiba-tiba ja tgh jadi chef boleh jadi driver simple je contoh tu.. aku sendiri pulak... tengah-tengah masak, hari-hari stop jap pergi ambil anak sekolah.. n balik sambung masak.. kada

Ikatan Siratulrahim

Dalam keluarga.. ini yang berlaku.. kadang-kadang perkara kecil pun tanpa sedar kita mengguris hati saudara sendiri. betul tak? Kita mungkin tak rasa, tapi mungkin ada saudara lain terkecil hati.. Susah nak jaga hati orang lain, begitu juga hati saudara sendiri.. ada juga berfikir, ala.. saudara sendiri.. takk kan lah nak sentap.. tapi itu pandangan kita.. Andai kita di sebaliknya, mungkin kita juga lebih terasa Apa yang buat kita terasa? munkin .... - kita memarahi anak-anak dia tanpa sengaja - tersebut tentang sesuatu masalah yang sedang saudara kita alami - pasal hutang sesama keluarga dan dia juga terlibat - masa yang kurang untuk jengok ibu bapa apa lagi... apa lagi... banyak sebenarnya yang tanpa kita sedar kita buat saudara kita sendiri terasa. perkara yang rasanya remeh itu akan jadi besar jika saudara kita tu juga ada sikap membesarkan perkara remeh tu kan Alhamdulillah... keluarga aku ok.. semua nya ikut suka hati sendiri.. tetapi di sebaliknya tak pastilah.

Cuti Sekolah Bermula !!!

Yeahhh... Cuti Sekolah datang lagi.... anak-anak happy... ibu lagi happy... tak kemana-mana pun.. dok rumah sahaja... semalam dah ke IPOH... waktu pergi jalan ok sangat... bila balik woooo jem pulak.. rupanya.. kitaorang balik dari ipoh hari sabtu.jadi orang dari selatan, kl semua nak balik kampung ke utara lah time tu yer... hambekk terperap dalam jem.. tak apa.. zikir..zikir...zikir... Ibu berkerjaya mungkin agak risau masa cuti sekolah ni kan.. kot nak cuti tak dapat cuti.. anak2 pulak tak ke sekolah... ada juga taska/tadika yang tutup waktu cuti sekolah ni kan.. memang transit.. adakala full dah tak dapat hantar.. yang besar2 mungkin boleh tinggal di rumah.. tapi time ibu di ofis, ofkos otak ibu di rumah memikirkan anak2 yang kreatif bijak pandai menguji kaji perihal di rumah... Allahuakbar... risau anak2 cuba memasak guna dapur gas risau anak2 mandi, main2 jatuh risau anak2 gaduh.. lupa diri ikut aksi dalam tv yang ganas risau anak2 keluar rumah risau anak2 buka pin

Malu ke bergelar surirumah?

Malu ke? Akhirnya perkara yang malu itu adalah target aku.. sekarang aku betul-betul dah menjawat jawatan suri rumah sepenuh masa okey.. Indahnya hanya Allah yang tahu.. pejam celik pejam celik dah hampir 3 tahun aku jadi superwoman.. Orang kata.. Anak dah ramai, elokkan resign.. tetapi ada yang kata.. anak dah ramai, lagi banyak nak pakai duit.. ntah apa-apa la dia ni berhenti kerja la pulak.. kalau nak kira orang cakap. mendidih telinga.. banyak yang negatif dari positifnya.. bagi aku.. restu mak ayah dan suami itu yang penting.. Inshaallah nak juga buat part by part dari mula aku bekerja.. bagaimana rasa nak berhenti.. apa persediaan sebelum berhenti.. apa risiko yang aku hadapi.. Subhanallah... dalam tempoh 3 tahun ini, dugaan bertimpa-timpa.. tetapi dengan satu pegangan yang sampai sekarang aku genggam kuat.. iaitu.. aku mampu selesaikan sebab itu Allah bagi ujian itu pada aku.. yess.. kalau aku boleh. takkan korang tak boleh...

Perbaiki diri perlahan-lahan

Nak berubah sekelip mata? Sukar.. tapi mudah jika kita bersungguh-sungguh dan berazam kuat.. begitu juga aku.. Ingin berubah.. bila lihat orang lain berubah.. Ingin berubah.. bila hadir kesusahan kewangan.. Ingin berubah.. bila ibu menegur.. Ingin berubah.. bila tiada penyelesaian masalah ditemui Ingin berubah.. bila keinginan sesuatu belum tercapai Bila dah berubah.. dah dapat apa yang diingini.. sikap semakin kembali ke asal. Istiqamah itu penting.. kenapa kita tak mampu nak terus istiqamah? Aku rasa keinginan yang telah kita capai itu, adalah dugaan kedua yang kita perlu harungi.. dari segi masa. dari segi pemikiran. setuju tak? kita tak pernah berhenti mengejar dunia dan lambatkan akhirat.. Allahuakbar

Pagi yang nyaman..

Alhamdulillah... dengan izin Allah, masih lagi diberi nafas hari ini.. menyedut udara bersihNya.. menyentuh kesayangan hati, melihat diri sendiri dan keluarga yang dikasihi juga masih diberi peluang menjalankan tanggungjawab kepada insan-insan yang sangat aku sayangi.. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar ciptaanNya yang sangat luarbiasa.. manusia yang penuh akal fikiran, bersangka baik dan buruk.. memberi manfaat pada orang lain, berkongsi ilmu, bersedekah.. Subhanallah.. diselitkan juga sangkaan negatif sebagai ujian kehidupan.. Tapi kini.. Kekayaan, ketenangan, kejayaan juga adalah UJIAN.. adakala kita lalai dengan kejayaan yang dikecapi.. terpaksa tinggalkan salah satu solat sunat kerana kekangan masa.. tapi kita tidak pernah sedar bahawa itu adalah ujian untuk kita lalui. Adakala kita lupa bersedekah.. dengan rezeki yang diterima, kita sebok ingin membina itu dan ini demi mendapat pujian orang lain dengan erti kata lain ingin memberi manfaat pembinaan sesuatu perkhidma

:: SURI RUMAH VS SUPERWOMAN ::

Pelik tapi benar.. boleh ke suri rumah ber vs superwoman.. mungkin gandingan hebat lah dua ni kan.. berkerjaya atau tidak bagi aku.. itu perkara remeh yang tak perlu dipanjangkan.. kedua-dua pernah aku rasa dah.. kini status superwoman tu aku semakin hadapinya.. waktu blog ni diupdate.. itu maknanya time aku rest lah.. di mana sekejap lagi aku akan jadi.. chef, cleaner, driver, doctor, pari-pari dalam bunian,,, hahaha nak tidurkan baby lah tu.. kena la aku jadi pari-pari sebab nak membuai my baby dalam dakapan dan sempatlah aku melayan mata yang layu dalam 15 minit.. waktu ni pun belum masak.. kenapa ?? baru lepas jadi cleaner.. sekarang aktiviti berfacebook, instagram dan memegang hanset aku cuba kurangkan dan kalau boleh tak nak sentuh dah.. hal-hal penting baru aku nak pegang hanset tu.. rest ni.. akan ku habiskan masa meluahkan segala tersurat di blog baru ku ini.. follower baru yang bergelar suri rumah jom jadi superwoman macam aku.. ingat gais.. Allah dan bagitau dala

:: PERIHAL JIRAN ::

Awal pagi lagi.. jiran dah datang rumah.. aktiviti biasa bersama ibu aku lah.. berborak santai sambil melayan secawan kopi.. aku ambil masa untuk update blog ni di mana otak aku ligat berfikir intipati perbualan mereka. kesimpulan selepas 30 perbualan mereka.. bila kita meningkat dewasa.. faktor umur adalah salah satu punca perubahan sikap. semasa kita di zaman persekolahan, minda kita lebih terbuka.. perkara yang tak perlu kita ambil tahu, kita nak ambil tahu dengan harapan mencari jawapan dari kemusykilan kita terhadap sesuatu itu. bila kita dah dapat jawapannya, kita bersorak riang jika jawapannya menarik dan ke arah positif. tapi.. bila kita meningkat dewasa.. kita masih bersikap ingin ambil tahu.. tambahan lagi tentang orang yang kita kenal sangat. tetapi pada masa yang sama, kita nak sangat tahu jawapan yang negatif.. contohnya.. tentang perniagaan si A dan B.. si A adalah anak kita. si B adalah anak kepada saudara kaya di kampung yang sama. kita dapat tahu si B gagal

Bermulanya di sini

Bismillahhirahmanirahhim... Di sini.. aku bermula sebagai blogger bermula 2009.. kini kembali berblogger di ruangan yang baru.. dengan identiti yang baru... dari jahiliah kini ingin mendaki untuk terus istiqamah ke jalan yang redha Allah s.w.t. Mesra membahasakan diri ini "aku'' ... semoga sahabat lain boleh menerimanya ya.. hanya perkongsian kecil dari insan kerdil ini yang masih memerlukan ruang untuk mencari sesuatu yang masih belum jumpa.. semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatNya...