Mulut orang tidak boleh ditutup

Mereka juga umat tuhan seperti kita..
Sebagaimana mereka, begitu juga kita.. tiba-tiba kita tengah bercakap, ada orang datang tutup mulut kita, nahhhh apa kita buat?

mesti marah kan..
itu lah kehidupan..
kita tidak ada kuasa nak menutup mulut orang.. mereka bercakap dengan nafsu mereka, biarkan
Allah lebih tahu..

Seperti aku..
Kenapa dia berhenti kerja?
Kenapa dia duduk rumah?
Kenapa dia susah?
Apa dia buat ?

Allahu...
Persoalan-persoalan yang buatkan ramai bersangka buruk pada aku..
Ada juga pernah aku luahkan. .
Kenapa dan mengapa...
tapi segelintir menerimanya dan kebanyakkan tersenyum sinis.. dari family, jiran-jiran, kawan-kawan semuanya sama, mungkin di zaman sekarang, alasan aku sangat LUCU...
Jawapan yang salah ka aku bagi?

Aku berhenti kerana nak menjaga orang tuaku yang semakin uzur, menguruskan anak-anakku yang masih kecil dan bersekolah.. suami ku seorang driver, selalu out-station, dapat juga kelim overtime menyara kami sekeluarga.. 

Alhamdulillah...
Allah tidak bagi kami kaya duit, tapi kami kaya ketenangan dan kegembiraan...





Comments