Selamat Hari Ibu

Alhamdulillah... 
bergelar seorang ibu ketika umur 23 tahun
seronok?
hanya bergelar ibu tahu apa itu seronok.. mengandung dan melahirkan adalah perasaan seorang ibu.. bila anak dah di depan mata.. 
urusan menjadi dua berkongsi dengan ayah.. 
Kini usiaku 37 tahun dan ada 6 orang anak.. semuanya sihat walafiat.. 




Tahun ini...
lebih meriah kerana yang bongsu dah masuk 2 tahun.. dah berlari ke sana ke mari
kakak sulung dah tingkatan 1.. dah punya pemikiran remaja sendiri
Tahun ni hati ibu sedikit terusik dengan kakak sulung..
Ibu anggap ia sebagai hadiah untuk ibu. sangat mencuit hati ibu.. mungkin mereka sudah punya pendirian
Salahkah didikan ibu?
Adakah ibu sudah terlambat?
Semoga kaklong sentiasa lebih menghormati orang tua..
Ibu tak ingin berleter seperti kebiasaan seorang ibu .. hanya ibu hanya mampu bersuara
Apa yang kita lakukan hari ini, begitulah kita akan diperlakukan suatu hari nanti..

bukan doa ibu pada anaknya, hanya sedikit peringatan kita yang bergelar anak

SELAMAT HARI IBU buat semua ibu seluruh dunia


Comments